Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    SU Tanah Jambu rai pelajar khatam Al-Quran

    Oleh Norizan Murshid

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Para pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama (SU) Tanah Jambu, Kawasan Brunei II B telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kampung Tanah Jambu, Haji Durhman bin Musa, yang juga mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

    Majlis kemudian diserikan dengan bacaan Takhtim oleh pelajar perempuan Darjah 4 dan 5 dengan Doa Khatam dibacakan oleh Awang Abdul Hafizil Mu’iz bin Haji Abu Bakar.

    Laungan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh para pelajar lelaki Darjah 4 dan 5 telah mengiringi acara merenjis minyak wangi dan penyampaian sijil-sijil kepada peserta khatam oleh tetamu kehormat majlis yang diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Guru-guru bergambar ramai bersama para pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran.
    Guru-guru bergambar ramai bersama para pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda