Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami Amyza Aznan kritikal terpaksa ditidurkan

    Pelakon Amyza Aznan terpaksa membuat keputusan sukar bagi menyelamatkan nyawa suami tercinta iaitu Khairil Izhar Mohd Nazir yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

    Amyza, 46, berkata dia terpaksa menandatangani surat izin membenarkan pihak hospital meneruskan rawatan dialisis dalam keadaan suaminya masih ditidurkan.

    Kata Amyza, jika dia tidak membenarkan Khairil meneruskan rawatan berkenaan, berkemungkinan lebih banyak kegagalan pada organ lain akan berlaku.

    Namun jika dia membenarkan rawatan tersebut, ada risiko jantung suaminya pula akan terhenti.

    “Kalau saya tidak bersetuju (lakukan dialisis), doktor kata ia akan merosakkan organ-organ lain tetapi kalau jalani proses dialisis ini pula risikonya tinggi sehingga boleh menyebabkan jantungnya terhenti.

    “Saya tidak tahu untuk membuat keputusan tetapi saya hanya turunkan tandatangan untuk bersetuju dengan rawatan dialisis itu.

    “Saya hanya fikir positif kerana doktor memberitahu terdapat ramai pesakit yang berjaya melalui proses ini dengan baik,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Sebelum itu, menerusi Instastory Amyza berkongsi berita sedih suaminya terpaksa ditidurkan akibat sesak nafas pada pagi Selasa.

    Dalam perkembangan terkini, pelakon drama Rindu Kasih itu memberitahu suaminya masih dalam keadaan kritikal dan sedang dipantau rapi di hospital. – Agensi

    Amyza memaklumkan keadaan suaminya kini kritikal. – hmetro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda