Wednesday, December 25, 2024
28.6 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Suami BCL gelap wang syarikat RM1.7 juta?

Suami penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) iaitu Tiko Aryawardhana didakwa menggelapkan wang syarikat yang diusahakan bersama bekas isterinya berjumlah RM1.7 juta.

Kompas melaporkan Tiko didakwa melakukan perkara itu di antara tahun 2015 sehingga 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengarah syarikat diberi nama PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS).

Manakala bekas isterinya, Arina Winarto bertindak sebagai pemilik dan pemegang saham syarikat berkenaan.

“Tiko dan Arina menubuhkan syarikat berkenaan dan ketika itu anak guam saya bertindak sebagai pemegang saham dan Tiko memegang jawatan sebagai pengarah.

“Bagaimanapun semua modal syarikat secara keseluruhannya dikeluarkan oleh Arina,” kata peguam Arina iaitu Leo Serigar.

Tiko didakwa menggelapkan wang syarikat. – mStar

Dalam pada itu, Leo mendedahkan sepanjang syarikat tersebut beroperasi, Arina bertindak sebagai pemegang saham pasif dan tidak mencampuri sebarang urusan perniagaan.

Itu kerana Arina meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada Tiko untuk menguruskan operasi dan kewangan syarikat.

Bagaimanapun Arina mula curiga dengan Tiko apabila pada 2021 menemukan dua dokumen P&L (profit and loss) yang mencurigakan.

“Konflik bermula sekitar 2019 apabila Tiko menyatakan hasrat menutup syarikat kerana sudah tidak mampu membayar sewa.

“Bagaimanapun dokumen P&L yang mencurigakan membuatkan Arina mula menyiasat dan mendapat laporan tersebut dimanipulasi.

“Daripada situ, Arina melakukan siasatan dan audit menyeluruh sebelum mendapati terdapat penggunaan dana sebanyak RM1.7 juta yang tidak jelas,” ujarnya.

Arina kemudiannya membuat laporan polis berhubung kes itu pada 2022 selepas Tiko gagal memberikan penjelasan hasil audit yang dibuat.

Kes itu yang sedang dalam tindakan pihak berkuasa bagaimanapun belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak Tiko. – Agensi

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda