LONDON, 30 MEI – Seorang wanita UK mula mengesyaki suaminya curang selepas mendapati rekod yang pelik pada aplikasi teman berus gigi elektrik.
Membuktikan pasangan berlaku curang secara terang-terangan memang jarang berlaku, tetapi lebih jarang untuk menangkap pasangan menipu dengan bantuan berus gigi elektrik.
Paul Jones, seorang penyiasat persendirian Britain yang mempunyai pengalaman lebih sedekad, baru-baru ini menceritakan salah satu kesnya yang paling luar biasa, menurut laporan Oddity Central.
Salah seorang pelanggan Jones, seorang ibu kepada cuba memperbaiki tabiat memberus dua anaknya dengan memantau penggunaan berus gigi elektronik mereka melalui aplikasi telefon pintar.
Melalui rekod log yang ada pada aplikasi tersebut, ibu berkenaan menyedari bahawa berus gigi milik suaminya digunakan pada waktu yang pelik iaitu apabila anak-anaknya sepatutnya berada di sekolah dan suaminya di tempat kerja.
Selepas memastikan anak-anaknya benar-benar berada di sekolah, ibu tersebut bersemuka pula dengan suaminya, yang mendakwa dia di tempat kerja sepanjang hari.
“Dari masa ke masa, pelanggan menyedari sejarah memberus gigi pasangan mereka dilog pada masa yang ganjil,” kata Jones.
“Pada mulanya, ia kelihatan tidak begitu banyak, memberus pada lewat pagi pada hari Jumaat sebanyak satu atau dua kali tidak menimbulkan syak serta-merta.”
Tetapi, lama kelamaan, wanita itu mula melihat satu corak rentetan penggunaan yang pelik apabila berus gigi elektrik digunakan pada pagi Jumaat.
Setelah disiasat, lelaki itu tidak pergi bekerja pada pagi Jumaat selama berbulan-bulan kerana dia telah menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya dalam rumah tersebut.
“Ia (data) dicap mengikut masa, selalunya berasaskan lokasi, dan tanpa emosi,” kata Jones mengenai data yang boleh dilog oleh peranti pintar pada hari ini. “Apabila peranti mengatakan seseorang menggosok gigi pada jam 10:48 pagi sedangkan mereka sepatutnya mula bekerja pada 9 pagi, itu sangat sukar untuk dijelaskan.”
Jones memberi amaran kepada pasangan yang curang bahawa peranti pintar di rumah seperti berus gigi boleh menyimpan maklumat yang penting dan boleh dijadikan bukti.
Tidak kira bagaimana liciknya penipuan seseorang boleh lakukan, tetapi ’data’ boleh membongkar muslihat mereka. – Agensi


