SEOUL, 30 SEPT – Mulai tahun depan, pekerja lelaki di Korea Selatan dibenar mengambil cuti sehingga 10 hari selepas isteri mereka bersalin, menurut Kementerian Pekerjaan dan Buruh.
Kementerian berkata langkah itu bagi membantu pekerja dapat mengimba-ngi antara kerja dan rumah tangga, lapor agensi berita Yonhap. Pada masa ini, suami hanya boleh bercuti selama tiga hari.
Tambah kementerian itu lagi, undang-undang yang telah dipinda itu akan berkuatkuasa pada Selasa.
Untuk meringankan beban kewangan syarikat kecil, kerajaan merancang memberi peruntukkan bersamaan dengan jumlah bayaran lima hari pekerja lelaki yang mengambil cuti berkenaan.
Selain itu, kerajaan juga akan memendekkan jumlah jam kepada pekerja yang mempunyai anak berumur lapan tahun ke bawah. – Bernama