Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami dibicara, biarkan isteri dirogol puluhan lelaki

    AVIGNON, 2 SEPT – Seorang pesara Perancis dibicarakan hari ini kerana membenarkan beberapa individu yang tidak dikenali merogol isterinya selepas dia memberi ubat kepada isterinya dalam satu kes yang menggerunkan Perancis.

    Seramai 50 lelaki, yang direkrutnya dalam talian, juga dibicarakan di bandar selatan Avignon bersama suspek utama, seorang bekas pekerja di syarikat utiliti kuasa Perancis, EDF berusia 71 tahun.

    Polis mengira sebanyak 92 kes rogol dilakukan oleh 72 lelaki, 51 daripadanya telah dikenal pasti.

    Lelaki-lelaki berusia antara 26 hingga 74 tahun itu didakwa merogol wanita berusia 72 tahun itu yang, kata peguamnya, diberi sedatif sehingga tidak menyedari penderaan itu, yang berlaku selama sedekad.

    “Buat pertama kalinya, dia terpaksa menjalani kes rogol yang ditanggungnya selama 10 tahun,” katanya kepada AFP, sambil menambah anak guamnya tidak ingat tentang penderaan yang hanya diketahuinya pada 2020.

    Mangsa, Gisele P (tengah) duduk di sebelah anak perempuan, anak-anak lelaki berserta menantunya, di mahkamah semasa perbicaraan suaminya yang didakwa memberinya sedatif selama hampir 10 tahun dan menjemput orang yang tidak dikenali untuk merogolnya di rumah mereka di Mazan, pada 2 September. – AFP

    Wanita itu, yang hadir ke mahkamah dengan disokong oleh tiga anaknya, boleh saja memilih untuk perbicaraan secara tertutup, tetapi “itulah yang dimahukan oleh penyerangnya”, kata Camus.

    Polis berkata mereka menemui ratusan gambar dan video isterinya di komputernya, kelihatan tidak sedarkan diri dan kebanyakannya dalam kedudukan meringkuk.

    Dominique P. mengakui kepada penyiasat bahawa dia memberi isterinya ubat penenang kuat, terutamanya Temesta, ubat mengurangkan kebimbangan.

    Penderaan itu bermula pada 2011, ketika pasangan itu tinggal berhampiran Paris, dan berterusan selepas mereka berpindah ke Mazan dua tahun kemudian.

    Suaminya yang terlibat dalam kes rogol itu, merakam mereka dan menggalakkan lelaki lain menggunakan bahasa tidak bermaruah, menurut pendakwa raya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda