Tindakan suami kepada pelakon Fatin Afeefa memperlekeh kereta bukan jenis supercar ketika penganjuran sebuah acara pertunjukkan kereta baru-baru ini membawa padah. Menerusi video yang tersebar di media sosial, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai turut menyamakan kereta yang bukan dalam kategori itu sebagai ‘najis’ selain menghalau mereka yang memiliki kenderaan tersebut memasuki pertunjukkan berkenaan.