Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami ganti duit Abby Abadi

    Terpaksa berputih mata dan menanggung kerugian hampir RM19,000 gara-gara terpedaya sindiket pelaburan atas talian (scammer), pelakon, Abby Abadi memaklumkan kejadian tersebut berlaku tanpa pengetahuan suaminya, kongsi Media Hiburan.

    Jelas Abby, suaminya, Muhammad Faizal Zakari reda dan menyifatkan segala yang berlaku merupakan ketentuan daripada Illahi.

    “Walaupun saya kena tipu, suami kata, ‘tak mengapalah sayang, tiada rezeki tapi macam mana boleh kena?’

    “Saya cakap tulah pasal. Rasa dah macam group merepek dan dah terasa dah macam nk terkena. Teruskan juga. Macam diseru-seru.

    “Duit berlebih gatal pulak. Kalau tiada berduit, tahu pula duduk diam,” tulisnya.

    Abby akui lega kerana suaminya bersetuju untuk menggantikan kesemua wangnya yang telah lesap. – Media Hiburan

    Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon yang popular menerusi drama Gerak Khas itu menerusi sebuah hantaran di laman Instaram.

    Dalam pada itu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan akui lega kerana suaminya itu bersetuju untuk menggantikan kesemua wangnya yang telah lesap.

    “Yang pasti, sudah minta suami ganti. Suami kata ok sayang. Terima kasih suami. Baikkan suami saya.

    “Tapi serius macam mimpi pun ada ni tapi nak buat macam mana, dah transfer dah pun,” ujarnya lagi.

    Akui kesilapan tersebut berlaku disebabkan kelalaian diri sendiri, namun Abby tetap berharap agar sipelaku mendapat hukuman yang setimpal di dunia dan akhirat.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat selain turut menyifatkan kejadian itu sebagai pengajaran yang berguna. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda