Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Suami isteri antara tiga ditahan cuba seludup dadah ke Miri

    SEPANG, 30 JAN – Sepasang suami isteri antara tiga individu ditahan selepas disyaki cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat 36.53 kilogram (kg) bernilai RM1.2 juta ke Miri, Sarawak.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua yang berusia 24 hingga 34 tahun itu ditahan di kawasan letak kereta sebuah kondominium pada 10:30 pagi, 24 Januari lepas dipercayai dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Miri.

    Beliau berkata pemeriksaan terhadap tiga bagasi mereka menemukan 38 bungkusan mampat dadah disyaki jenis methamphetamin atau syabu.

    “Ujian air kencing mendapati kesemuanya positif terhadap dadah jenis amphetamin dan methamphetamin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari ini.

    Menurut Hussein penahanan tersebut adalah hasil maklumat pasukan polis di Miri yang menahan seorang lelaki menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur pada pagi sama kerana membawa dadah jenis sama.

    Beliau berkata ketiga-tiga individu itu dipercayai menerima upah sebanyak RM10,000 bagi penghantaran dadah dan mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Sementara itu, Hussein berkata pihaknya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dalam dua serbuan berasingan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Karak, Gombak dan Ampang pada 25 Januari lepas serta merampas dadah jenis ganja dianggarkan bernilai RM33,000.– Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...