Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes bunuh

    MARANG, 2 NOV – Sepasang suami isteri direman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh seorang warga emas di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, kelmarin.

    Perintah reman hingga 8 November terhadap mereka dikeluarkan Majistret Nur Azureen Zainalkefli di Mahkamah Majistret Marang bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

    Bernama kelmarin melaporkan seorang wanita berusia 65 tahun ditemukan maut dengan 15 kesan tikaman di badannya di dalam longkang di tepi jalan besar berhadapan Pejabat Agama Hulu Terengganu di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu pada 4:35 pagi.

    Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan dilaporkan berkata mangsa yang merupakan pesara kerajaan bersama-sama seorang wanita dipercayai rakan kongsi perniagaannya yang bekerja sebagai tukang jahit, menaiki sebuah kereta jenis Honda Jazz sebelum berlaku pertengkaran antara mereka dipercayai rasa tidak puas hati berhubung pembahagian keuntungan perniagaan.

    Mangsa kemudian dikatakan keluar dari kenderaan itu sebelum dilanggar wanita berusia 35 tahun berkenaan yang selepas itu bertindak menikam mangsa sebanyak 15 kali di bahagian badan menggunakan sebilah pisau pemotong daging. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...