SIBU, 24 JUN – Polis telah menahan sepasang suami isteri warga Indonesia disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah pondok kebun di Jalan Rantau Panjang, semalam. Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri pada 5:17 petang semalam

