Suami isteri edar dadah ditahan

KOTA KINABALU, 7 OGOS – Polis Sabah menahan sepasang suami isteri dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah jenis syabu seberat 2,020 gram bernilai lebih RM80,000 di Jalan  Lokawi, Putatan dekat sini kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan berkata pasangan berusia 43 dan 34 tahun itu ditahan ketika berada dalam sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan pada kira-kira 4:45 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan berkenaan mendapati terdapat satu plastik hitam yang mengandungi dua bungkusan plastik warna perak bertulis ‘savoring tea’.” – Bernama