Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami isteri mengaku tidak bersalah edar, miliki dadah

    SIBU, 4 NOV – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas tiga pertuduhan membabitkan kesalahan dadah yang didakwa dilakukan pada Jun tahun ini.  

    Tie Teck Hock, 53 dan isterinya, Lee Chee Fei, 45, didakwa secara bersama mengedar 4,037.8 gram dadah jenis metafetamina yang ditemui dalam bilik stor di bawah tangga sebuah rumah di Lorong Permai Jaya 9D1B1, kira-kira 10:45 malam, pada 12 Jun lepas.

    Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

    Pasangan itu turut berdepan dua pertuduhan tambahan bersama atas kesalahan memiliki 1,422.2 gram ketamin dan 64.4 gram nime-tazepam di tempat dan masa yang sama.

    Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

    Tie turut didakwa secara berasingan mengedar 700.9 gram metamfetamina di New Hee’s Food Corner, Jalan Pedada, kira-kira 10 malam hari yang sama.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama. – Bernama

    Tie Teck Hock, 53 dan isterinya, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas tiga pertuduhan membabitkan kesalahan dadah yang didakwa dilakukan pada Jun lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Rockets atasi Cavs