Wednesday, February 12, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami isteri serah diri, kes letupan gudang mercun di Thailand

    SONGKHLA, 6 OGOS – Sepasang suami isteri warga Thailand yang merupakan pemilik gudang penyimpanan mercun dan bunga api yang meletup di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat ditahan polis selepas menyerah diri pada kelmarin.

    Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Anuruth Imarb berkata kedua-dua individu berusia 42 tahun itu menyerah diri kepada Polis Malaysia semalam sebelum diserahkan kepada Polis Thailand di Sadao pada 1:30 petang (waktu tempatan) dan tiba di Balai Polis Mundok pada 9 malam untuk disoal siasat.

    “Mereka berdepan empat pertuduhan termasuk kecuaian sehingga menyebabkan kematian, mengimport dan menjual bunga api dan mercun berbahaya tanpa permit, mengubahsuai bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan melanggar undang-undang darurat di Selatan Thailand,” katanya pada satu sidang media di Songkhla.

    Sebelum ini, Polis Thailand telah mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua individu berkenaan dan memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  untuk mengesan mereka setelah melarikan diri ke negara ini.

    Pada 29 Julai lepas, seramai 11 orang maut , manakala 300 cedera dalam insiden letupan di gudang berkenaan.

    Statistik Pejabat Wilayah Narathiwat menunjukkan 681 premis termasuk rumah, kedai dan sekolah musnah dan mengalami kerosakan dalam insiden pada 3:05 petang (waktu tempatan).

    Selain itu, 41 kenderaan dan 27 motosikal turut musnah manakala lebih 3,000 penduduk terjejas. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda