Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Suami isteri tujuh anak di Tuaran bakal miliki rumah baharu

KOTA KINABALU, 11 Julai – Sepasang suami isteri dari Kampung Baru Selaut, kira-kira 40 kilometer dari sini, yang mempunyai tujuh orang anak berumur antara 11 hingga 31 tahun dan bekerja sebagai petani bakal mempunyai rumah baharu tidak lama lagi.

Duma Ganing, 56, dan isterinya Hasme Asse serta anak-anaknya kini menumpang di rumah rakannya sejak September tahun lalu selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran.

Rumah baharu Duma yang sedang dibina semula di atas tapak asal rumah mereka di bawah program “Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) -7 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKBPKT): My Beautiful Neighbourhood” dijangka siap dalam tempoh enam minggu.

Pembinaan semula rumah Duma yang dilaksanakan oleh 12 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah sejak 22 Jun lepas itu, merangkumi kerja-kerja pendawaian elektrik, penyambungan paip air dan mengecat rumah berkenaan dan kerja pembinaan kini sudah 30 peratus siap.

Apabila siap kelak, rumah berkenaan akan mempunyai tiga bilik tidur dan masing-masing satu bilik air dan bilik mandi.

Simbolik pelaksanaan pembinaan projek berkenaan disempurnakan hari ini oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Pe-rumahan Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sulaman Datuk Seri Hajiji Noor. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -