Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami Janna Nick dituduh bermasalah

    Pelakon Janna Nick gagal menahan air mata apabila sering diajukan soalan berkaitan zuriat.

    Apa membuatkan Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, kecewa adalah komen menuduh suaminya iaitu Dini Schatzman menghadapi masalah sehingga menyebabkan dia sukar hamil.

    “Saya sangat terkesan dengan satu komen ini. Bila ramai bertanya saya (tentang zuriat) saya tiada masalah, cuma komen ini kurang ajar.

    “Saya baca semua komen, yang mendoakan kami saya hargai tetapi janganlah sampai tergamak komen negatif seperti kami ini ada masalah,” katanya.

    Janna dan Dinni berkongsi perkara tersebut dalam sebuh video yang dimuat naik di Instagram miliknya kelmarin.

    Menerusi hantaran berkenaan, Janna membaca komen seorang pengikut di laman sosial yang beranggapan Dini memiliki hormon wanita berlebihan, dedah mStar.

    Dalam linangan air mata, Janna memberitahu dia sudah cuba pelbagai cara termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan selain kaedah IVF.

    “Kami dah buat macam-macam dan berusaha keras untuk dapatkan anak. Saya bertanya kepada Tuhan bila nak kurniakan anak. Bila orang tanya saya tak tahu apa nak jawab.

    “Bulan Oktober cukup setahun saya lakukan IVF tetapi gagal. Dini dah buat ujian sperma dan kami okey sahaja. Saya cuba ubah gaya hidup, kurangkan tawaran berlakon yang mengambil masa lama,” ujarnya. – Agensi

    Luahan Janna buat ramai yang sebak. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda