Saturday, October 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami Raisa didakwa tidak bayar gaji pekerja

    Penyanyi dari Indonesia, Raisa Andriana menjadi sasaran warganet selepas syarikat suaminya iaitu pelakon Hamish Daud didakwa tidak membayar gaji pekerja.

    Selain itu terdapat segelintir warganet mengingatkan tentang karma, malah meminta Raisa sendiri membantu untuk membayar gaji pekerja syarikat berkenaan.

    Memetik kenyataan mStar, lebih membuatkan warganet bengang apabila melihat Hamish seronok bercuti tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut.

    Sementara itu, pengurus Hamish iaitu Vitalia Ramona, meminta rakan sekerja lain di Octopus dikenali sebagai Ichsan tampil memberikan penjelasan.

    Menurut Vitalia, Hamish juga dikatakan sudah empat bulan tidak menerima gaji daripada platform yang dibina bersama rakan-rakannya itu.

    Cerita tentang isu gaji ini timbul selepas beberapa warganet dipercayai kakitangan syarikat bersuara dan meninggalkan komen di Instagram rasmi syarikat berkenaan.

    Mereka mengadu sudah berbulan-bulan tidak menerima gaji sehingga isu ini menjadi tular di platform media sosial.

    Untuk makluman, Hamish berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) dan merupakan pengasas bersama Octopus. – Agensi

    Suami Raisa dikecam kerana didakwa tidak bayar gaji pekerja. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda