Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami Ratu Denmark meninggal dunia

    STOCKHOLM, 14 Feb – Putera Henrik, 83, suami kepada Ratu Denmark, Ratu Margrethe II, meninggal dunia, menurut laporan pihak istana hari ini. “Putera Henrik meninggal

    dunia pada Selasa, 13 Februari pada jam 11:18 di Istana Fredensborg,” iaitu sebuah kediaman diraja yang terletak kira-kira 40 kilometer di utara Copenhagen di sisi isteri dan dua puteranya, menurut satu kenyataan dari pihak istana.

    Pihak istana sebelum ini telah memberi amaran bahawa putera yang telah berada di hospital sejak 28 Januari akibat jangkitan paru-paru, telah pulang ke rumah ‘untuk menghabiskan hari-hari terakhirnya’.

    Dilahirkan sebagai Henri Marie Jean Andre de Laborde de Monpezat pada 11 Jun 1934 di Talence, berhampiran Bordeaux, beliau menikahi Margrethe, pewaris takhta Denmark, pada bulan Jun 1967.

    Gambar fail pada 28 Ogos 2011 menunjukkan Putera Henrik di pusat bandar Perancis di Chanceau-pres-Loches semasa menyertai pameran buku ‘La Foret des Livres’ edisi ke-16. Prince Henrik meninggal dunia di Istana Fredensborg semasa menghabiskan ‘hari-hari terakhirnya’ di sana. – AFP

    Beliau disahkan menghidap penyakit demensia pada September 2017.

    Putera itu bersara dari perkhidmatan awam pada tahun 2016, dan pada tahun berikutnya beliau mendedahkan bahawa beliau tidak mahu dikebumikan di sebelah isterinya kerana beliau tidak pernah berbuat adil kepadanya.

    Pasangan diraja secara tradisinya dikebumikan bersama di Katedral Roskilde, di barat Copenhagen.

    Pihak istana tidak membuat kenyataan di mana putera itu akan dikebumikan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda