Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami Rohana Jalil cadang ambil tindakan

    Suami kepada Rohana Jalil iaitu Jahangir Khan tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuai ketika melakukan pembedahan bariatrik terhadap Allahyarham yang didakwa menjadi penyebab kematiannya.

    Jahangir, 66, bagaimanapun berkata, terdapat beberapa perkara perlu diteliti terlebih dahulu sebelum pihaknya mengambil sebarang tindakan bagi menuntut keadilan. “Kalau ikutkan hati memang nak ambil tindakan tetapi buat masa sekarang ini masih belum tahu lagi sebab perlu berbincang dari banyak sudut.

    “Kami pun perlu mencari individu yang pakar dalam bidang berkenaan. Kita ikut langkah demi langkah,” katanya kepada mStar. Jahangir berkongsi mengenai perkara itu selepas pengebumian Rohana di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya pada Rabu.

    Rohana menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11:33 malam Selasa akibat kebocoran usus di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor.

    Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini, pengurus kepada Rohana dikenali sebagai Jepun mendakwa antara punca penyanyi itu mengalami ujian berat itu adalah disebabkan pembedahan bariatrik yang dilakukan dua tahun lalu di hospital berlainan bagi merawat masalah gastrik.

    Tambah Jahangir meskipun sedikit kesal dengan apa yang berlaku, namun dia menganggap pemergian isteri tercinta adalah satu ketentuan Allah. – Agensi

    Rohana meninggal dunia akibat kebocoran usus. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda