Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Suami saya memang penyayang tapi…’

    Nampaknya, aktres Katrina Kaif telah menemui cinta sejatinya dengan Vicky Kaushal kerana dia sentiasa kelihatan cukup bahagia setelah berkahwin dengan aktor tersebut.

    Bahkan, dia juga sering berbicara tentang Vicky di dalam setiap wawancaranya bersama media meskipun ia berkenaan dengan filemnya.

    Seperti yang diketahui ramai, filem terbaharu lakonan Katrina iaitu Phone Booth kini sedang ditayangkan di pawagam. Saat diwawancara tentang penglibatannya di dalam filem ini, dia tidak ketinggalan untuk berbicara mengenai Vicky.

    Kata Katrina, setelah mendirikan rumahtangga, dia mula memahami sikap, perangai dan tabiat suaminya itu.

    “Suami saya seorang yang penyayang tapi pada waktu yang sama, saya terpaksa bertoleransi dengan kedegilannya,” katanya.

    Katrina yang bakal meraikan hari ulang tahun perkahwinannya yang pertama tidak lama lagi juga memberitahu, banyak perkara yang dipelajarinya tentang perkahwinannya.

    “Perkahwinan mengajar saya untuk memberi peluang kepada pasangan kita untuk bersuara,” katanya.

    Mungkin ini juga disebabkan kemunculan Vicky dalam program Karan Johar tidak lama dahulu di mana aktor tersebut mendedahkan, jika berlakunya pertengkaran dengan Katrina, dia tidak dibenarkan untuk bercakap.

    Tapi, sekarang ini, tidak lagi. Katrina nampaknya sudah mula pandai bertolak ansur. – Agensi

    Katrina menjelaskan setelah mendirikan rumahtangga, dia mula memahami sikap, pera-ngai dan tabiat suaminya, Vicky. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda