Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami sebagai mekanik

    Selepas enam tahun mengusahakan perniagaan bersama-sama, pelakon dan penyanyi, Azza Zawari, memaklumkan suaminya, Azlan Zulaily, kini bekerja sendiri sebagai mekanik.

    Mendirikan rumah tangga dengan lelaki berkenaan sejak 2012, anggota kumpulan Elite itu berkata, dia bersikap terbuka dengan keputusan dibuat oleh pasangannya.

    “Saya pula masih meneruskan kerja sebagai hos sambilan untuk program jualan atas talian, selain menjayakan segmen parodi bagi sebuah rancangan hiburan. Di samping itu, saya berniaga sendiri dengan menjual bedak sejuk, pakaian dan produk kecantikan.

    “oleh itu, saya memberikan keizinan untuk suami bekerja mengikut minatnya. Selama ini, dia banyak berkorban untuk kepentingan bersama. Apabila masing-masing bekerja, bolehlah kami menambah pendapatan sekeluarga,” Kata Azza

    “Pada masa sama, saya juga suri rumah yang menguruskan sendiri segala kerja di rumah, termasuk menjaga anak angkat kami, Muhammad Adam.

    “Jadi, ketika awal-awal suami bekerja dahulu, situasi memang kelam kabut. Namun, ia menjadi proses pembelajaran terbaik untuk saya,” tambahnya lagi.

    Kata Azza lagi, melakukan kerja rumah juga adalah ibadat.

    Dengan niat yang betul, membuat kerja itu akan menjadi amalan yang mulia yang tidak berbanding nilainya.

    “Masa adalah emas, justeru saya perlu memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Saya memang perlu melipatgandakan usaha untuk masa depan lebih baik,” katanya. – Agensi

    Azza memberi keizinan kepada suaminya untuk bekerja mengikut minatnya.- Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda