Wednesday, December 18, 2024
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami Shila Amzah tertekan dituduh kaki pukul

    Penyanyi Shila Amzah memberitahu suaminya iaitu Ubai sedikit beremosi apabila dituduh melakukan kekerasan terhadap dirinya.

    Kata Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, ketika itu Ubai berharap agar penyebaran berita palsu yang tersebar di media sosial itu dapat dihentikan dengan segera.

    “Ubai tertekan bila baca banyak sangat artikel palsu mengenai dakwaan berkenaan kerana ia tidak berlaku,” kata Shila kepada pemberita.

    Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui pengumuman Konsert Countdown MeleTOP 2025 yang berlangsung di Bukit Jalil pada malam kelmarin.

    Menurut Shila, disebabkan kejadian itu juga dia mendapat ilham untuknya menyambung karya miliknya yang pernah tertunda dua tahun lalu.

    Malah Ubai juga turut serta menyiapkan lagu berkenaan sekali gus membantunya merawat trauma yang dihadapi.

    “Disebabkan perkara itu saya teringat ada lagu yang pernah saya tulis mengenai perkara ini dua tahun lepas tapi tidak berjaya dihabiskan.

    “Ketika itu saya terlalu stres dan trauma buatkan tak mampu habiskan lagu itu.

    “Tapi disebabkan kes ini saya rasa boleh selesaikan lagu itu dan Ubai sudi membantu saya, jadi dia tuliskan lirik sekali.

    “Dia bantu saya berdepan dengan trauma saya kerana lagu itu mengisahkan tentang kekerasan yang saya alami,” ujarnya.

    Mengulas lanjut mengenai kelantangan bersuara tentang keganasan terhadap kaum wanita, Shila memberitahu dia hanya berharap orang ramai peka terhadap perkara itu.

    Katanya, pasangan yang memiliki sikap berkenaan bijak bermain kata dan merayu sehingga mangsa tidak dapat membezakan perasaan sayang.

    Justeru itu, perkongsian sebelum ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mangsa terutamanya wanita untuk bangkit dan berani ke hadapan.

    Sebelum ini, tindakan Shila bersuara mengenai isu keganasan rumah tangga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen sehingga ada yang mengheret suaminya dalam perkongsian berkenaan. – Agensi

    Shila dan Ubai mempunyai seorang cahaya mata bersama. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda