Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    SUAMPRIPAHS anjur Program Habibi Ya Rasulullah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 02 OKT- Seramai 175 orang pelajar Sanah 7 dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) menyertai Program Habibi Ya Rasulullah, hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Auditorium Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok itu antara lain bertujuan untuk menyemarakkan kecintaan terhadap sunnah Rasulullah SAW serta menekankan kepentingannya dalam kehidupan di era digital.

    Antara yang hadir Program Habibi Ya Rasulullah yang berlangsung di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. – GAMBAR YUSRIN JUNAIDI

    Di majlis itu, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, selaku penceramah undangan menyerikan majlis berkenaan.

    Dalam ceramah beliau yang bertajuk ‘Menghidupkan Sunnah dalam Era Digital: Peluang dan Cabaran’ telah menekankan bahawa sunnah Rasulullah SAW merupakan panduan hidup sepanjang zaman yang merangkumi aspek ibadah, akhlak serta cara berinteraksi.

    Beliau turut menjelaskan bahawa dalam era digital masa kini, umat Islam berdepan dengan peluang besar untuk menyebarkan serta mengamalkan sunnah melalui teknologi moden, namun tidak terlepas daripada cabaran seperti penyebaran maklumat tidak sahih dan kelalaian dalam penggunaan teknologi.

    Pengiran Ahmad Faris Ramadhani menyampaikan ceramah bertajuk ‘Menghidupkan Sunnah dalam Era Digital: Peluang dan Cabaran’. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    “Menghidupkan sunnah di alam digital memerlukan kebijaksanaan agar ia terus menjadi panduan hidup umat Islam masa kini, “ jelasnya.

    Program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam serta para tenaga pengajar.

    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir Program Habibi Ya Rasulullah yang berlangsung di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda