Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suara anak damit di tengah malam

    Oleh Yus Lin –

    Kisah ini berlaku di sebuah kampung di negara jiran. Kisah ini telah diceritakan oleh teman saya.

    Pada suatu ketika seluruh penduduk kampung telah diganggu oleh tangisan anak damit setiap tengah malam. Ini membuat penduduk kampung ketakutan dan ia menjadi tanda tanya anak siapakah yang menangis itu. Tidak cukup dengan suara tangisan itu mereka juga diganggu oleh ketukan misteri, namun apabila dibuka tiada siapa pun berada di luar.

    Ini menjadikan penduduk kampung tidak merasa selesa dan aman.

    Ada suatu ketika seorang penduduk kampung menceritakan pada waktu tengah malam seorang wanita cantik mengatuk pintu dan meminta makanan dengan alasan untuk memberi makan anaknya yang kelaparan.

    Peristiwa itu dialami oleh seorang wanita bernama Aishah yang tinggal bersama suaminya dan mereka belum lagi dikurniakan anak walaupun setelah 10 tahun berkahwin. Rumah mereka pun terletak tidak jauh dari Tanah Perkuburan Islam.

    Gambar Freepik

    Penduduk kampung merasa tidak aman dengan peristiwa itu lalu mereka pun mengadakan mesyuarat untuk menyiasat tangisan anak damit itu bersama dengan ketukan misteri itu.

    Dari mesyuarat itu,ketua kampung telah mengarahkan anak buahnya untuk mengadakan rondaan malam.

    Pada malam, Aishah yang memberi makanan kepada wanita itu telah bermimpi di mana wanita itu datang dan memohon pertolongan kepada Aishah untuk menjaga anaknya yang menangis kerana kelaparan dengan alasan dia berada di alam yang berbeza.

    Pada keesokan harinya Aishah pun menceritakan kepada suaminya tentang mimpinya itu, tetapi suaminya berkata mimpinya itu hanyalah mainan tidur. Seterusnya pada malam keduanya mimpi itu berulang lagi kepada Aishah, di mana wanita itu menangis memohon pertolongan dari Aishah demi anaknya. Seperti biasa Aishah pun menceritakan kepada suaminya tetapi tidak menghiraukannya.

    Aishah pun mula berfikir akan mimpinya itu lalu bertekad untuk menunggu wanita di dalam mimpi-nya itu pada tengah malam di ruang rumahnya. Tetapi jam 12 malam terdengar ketukan pintu rumahnya. Aishah pun membuka pintu dan dilihatnya wanita itu datang.

    Wanita itu pun menyatakan dirinya sendiri kepada Aishah dan sebelum wanita itu meminta diri Aishah memberinya sedikit makanan kepadanya. Lalu Aishah pun menghantar wanita itu sampai ke hadapan pintu rumahnya dan terlihat olehnya wanita itu pergi beberapa langkah dan terus menghilang.

    Pada keesokan harinya Aishah pun pergi ke rumah imam kampung itu dan menceritakan peristiwa itu kepadanya. Pada hari yang sama juga tuan iman beserta penduduk kampung pergi ke tanah perkuburan. Di sana terlihat oleh mereka sebuah kubur yang mempunyai lubang. Setelah mereka nampak lubang itu tuan imam dan ketua kampung pun berhasrat untuk menggali kubur itu tetapi ada juga penduduk kampung yang menentang hasrat itu.

    Dengan kuasa Tuhan mereka pun terdengar suara tangisan anak damit dari dalam kubur itu. Penduduk kampung itu pun terus menggali kubur wanita itu dan mereka mendapati di dalam liang lahad itu ada seorang anak damit di dalam kain kafan ibunya. Anak damit itu diambil dan didapati masih bernyawa.

    Berdasarkan mimpi Aishah itu, tuan imam dan ketua kampung pun menyerahkan hak penjagaan anak damit itu kepadanya. Aishah menerima dengan hati yang terbuka dan mengangkat anak itu seperti anaknya sendiri.

    Pada waktu malamnya, Aishah sekali lagi bermimpi berjumpa dengan wanita itu dan dia mengucapkan terima kasih lalu lenyap. Penduduk kampung kini menganggap ia satu pengajaran kepada semua betapa agungnya cinta seorang ibu kepada anaknya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda