MADRID, 9 OKT – Luis Suarez mengakui dia menangis berikutan cara Barcelona menangani pemergiannya dari kelab.
Suarez, yang menyertai Atletico Madrid bulan lalu, mengatakan dia dikecualikan dari latihan dan tidak terkejut Lionel Messi menyokongnya di depan ahli lembaga Barca.
Setelah menjaringkan 198 gol dan menjadi penjaring terbanyak ketiga sepanjang masa di kelab, Suarez mengetahuinya melalui akhbar Sepanyol bahawa dia tidak diperlukan sebelum membuat panggilan telefon dengan Ronald Koeman.
“Ada cara lain untuk memberitahu saya bahawa mereka ingin mengubah keadaan,” kata Suarez selepas menja-ringkan penalti dalam kemenangan kelayakan Piala Dunia Uruguay 2-1 ke atas Chile semalam.
“Cara mereka melakukannya dan perasaan saya diusir adalah yang paling menyakitkan.
“Hari-hari itu sangat sukar. Saya menangis kerana semua yang saya lalui.” – AFP