BARCELONA, 9 APRIL – Neymar ‘akan sentiasa dialu-alukan’ kembali ke Barcelona, kata penyerang Liga Sepanyol, Luis Suarez memberitahu Mundo Deportivo kelmarin.
Neymar yang meninggalkan Barcelona dalam perpindahan rekod ke Paris Saint-Germain pada tahun 2017 tetapi berulang kali dikaitkan dengan kemungkinan pulang semula ke Camp Nou.
Suarez memberitahu akhbar: “Semua orang mengenali ‘Ney’, kami semua tahu rasa sayangnya dalam bilik persalinan.
“Kebolehannya tidak dapat dipertikaikan dan dia masih banyak yang boleh disumbangkan. Dia sentiasa dialu-alukan di bilik persalinan, kami sangat menghargainya.”
Suarez, 33, yang menjalani pemulihan kecederaan lutut, berkata ia adalah ‘rumit’ untuk membincangkan mengenai pemain menyertai Barca pada masa-masa krisis pandemik koronavirus.

“Tetapi saya boleh bercakap mengenai pemain, dan mereka adalah pemain-pemain besar,” dia memberikan komen apabila ditanya oleh akbar itu untuk membincangkan akhbar angin mengaitkan pemain berusia 28 tahun, Neymar kembali ke pangkuan Barcelona.
Pemain kelahiran Uruguay itu memuji pemain Inter Milan, Lautaro Martinez, pemain Argentina berusia 22 tahun yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Catalonia.
“Lautaro adalah pemain yang semakin meningkat di Itali, dia adalah pemain penyerang yang fleksibel, dengan gerakan yang hebat dan menunjukkan betapa hebatnya dia sebagai seorang penyerang.”
Ditanya mengenai sama ada pembelian terbaharu akan boleh menyesuaikan diri, Suarez berkata “Akan terdapat persaingan sihat di antara kita, dan sementara kami semua fokus kepada objektif yang sama, iaitu kemenangan, mana-mana pemain yang datang untuk membantu mencapai matlamat pasukan adalah sentiasa dialu-alukan.”
Dia telah mempersetujui rundingan minggu lalu dengan kelab untuk memotong sebanyak 70 peratus gaji pemain, dengan ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi menuduh kelab lemah untuk membuat rundingan bersama skuad.
“Terdapat beberapa perkara yang dikatakan adalah tidak benar, seperti pemain tidak bersetuju untuk melihat gaji mereka dipotong, yang mana beberapa orang menentangnya.
“Mereka (pengurusan kelab) telah berkata tanpa melibatkan pasukan adalah menjengkelkan. Ia menyakitkan hati semua pemain.”
Suarez menegaskan kesemua pemain adalah bersatu hati dari mula dalam kemahuan untuk membantu kelab sebanyak yang mungkin.
“Rundingan tersebut telah ditunda kerana ia tidak mudah untuk membatalkan 22 ke 23 orang pemain.
“Ia telah diusahakan di antara kelab dan peguam-peguam pemain, tetapi ia tidak mudah untuk dilakukan.”