Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suarez digantung tiga perlawanan MLS kerana meludah

    NEW YORK, 9 SEPT – Bintang Inter Miami, Luis Suarez digantung tiga perlawanan oleh Major League Soccer (MLS) kelmarin berikutan insiden meludah selepas kekalahan Miami di final Piala Liga menentang Seattle.

    Tindakan ini susulan hukuman enam perlawanan yang dikenakan oleh Piala Liga terhadap Suarez kerana meludah ke arah pegawai Seattle selepas perlawanan yang menyaksikan kemenangan 3-0 Seattle pada 31 Ogos lalu.

    MLS menetapkan penggantungan untuk perlawanan musim biasa Inter Miami, termasuk perlawanan di Charlotte, perlawanan menentang Seattle di Miami pada 16 September dan menentang DC United pada 20 September.

    Selain itu, MLS menarik hak keistimewaan pegawai Sounders, Steven Lenhart sepanjang baki musim dan playoff, menghalangnya daripada berada di padang atau bilik persalinan, sementara Sounders turut dikenakan denda tidak didedahkan bagi penyalahgunaan kelayakan.

    Bagi Piala Liga, jawatankuasa disiplin menyatakan penggantungan Suarez hanya dipakai pada edisi tahun depan. – AFP

    Aksi Luis Suarez (kiri) semasa separuh masa pertama perlawanan akhir Piala Liga di Seattle pada 31 Ogos lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda