Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suarez kembali beraksi

    MIAMI, 24 SEPT – Jurulatih Inter Miami, Javier Mascherano menegaskan Luis Suarez mendapat manfaat daripada tempoh rehat yang tidak dirancang apabila penyerang Uruguay itu kembali beraksi selepas menjalani penggantungan tiga perlawanan menjelang aksi penting Persidangan Timur Major League Soccer (MLS) menentang New York City FC (NYCFC).

    Suarez digantung kerana meludah ke arah staf Seattle Sounders ketika final Piala Liga pada 31 Ogos lalu yang menyaksikan Inter tumpas 0-3. Dia dijangka kembali beraksi hari ini apabila NYCFC menjadi tuan rumah kepada Inter di Citi Field, gelanggang besbol pasukan New York Mets.

    “Luis seorang pemain yang sepanjang kerjayanya sentiasa terbiasa bermain,” kata Mascherano, kelmarin. “Saya bayangkan dia sangat bermotivasi dan teruja untuk kembali.”

    Menurutnya lagi, Suarez terus menjalani latihan bersama pasukan sepanjang tempoh penggantungan. “Ada hari-hari tertentu, terutama sebelum perlawanan apabila latihan agak singkat, dia akan lakukan lebih. Namun, Suarez sudah mengumpul terlalu banyak perlawanan, jadi rehat ini sebenarnya bagus untuknya.”

    Inter kini berada di tangga kelima Persidangan Timur, satu mata di belakang NYCFC yang mengesahkan tempat playoff Piala MLS hujung minggu lalu.

    Miami bagaimanapun mempunyai kelebihan dua perlawanan di tangan berbanding City serta tiga perlawanan di tangan berbanding tiga pasukan teratas – Philadelphia, Cincinnati dan Charlotte. Empat pasukan teratas akan memperoleh kelebihan gelanggang sendiri pada saingan playoff. – AFP

    Luis Suarez meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan Piala Kelab Dunia FIFA 2025 di stadium Hard Rock di Miami pada 23 Jun lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda