Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suarez mohon maaf insiden meludah di final Piala Liga

    LOS ANGELES, 5 SEPT – Penyerang Inter Miami, Luis Suarez, memohon maaf selepas mencetuskan kontroversi apabila meludah ke arah seorang anggota jurulatih Seattle Sounders sejurus tamat aksi Piala Liga pada Ahad lalu.
     
    Suarez, 38, mengakui tindakannya tidak wajar dan berpunca daripada rasa tegang serta kecewa selepas pasukannya tewas 0-3 kepada Sounders di Lumen Field, Seattle.
     
    Insiden bermula sejurus selepas wisel penamat, Suarez meluru ke arah pemain muda Sounders, Obed Vargas, 20, lalu mencekiknya hingga mencetuskan kekecohan melibatkan pemain serta kakitangan kedua-dua pasukan. 
     
    Para pegawai bergegas untuk meredakan ketegangan, tetapi kamera kemudian menangkap Suarez yang kelihatan meludah ke arah anggota jurulatih Seattle ketika dia berjalan meninggalkan Vargas.
     
    “Saya berasa kesal dengan apa yang berlaku dan saya tidak mahu melepaskan peluang untuk mengakuinya dan meminta maaf kepada semua orang yang berasa sakit hati dengan apa yang saya lakukan,” tambah Suarez.
     
    Liga masih meneliti hukuman yang bakal dikenakan, namun reputasi kontroversial Suarez menjadikan dia tumpuan utama.
     
    Biarpun begitu, bekas bintang Barcelona dan Liverpool itu menegaskan fokusnya kekal membantu Inter Miami memburu tiket ke saingan playoff Piala MLS. – AFP
     
    Reaksi Luis Suarez meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua semasa perlawanan Piala Kelab Dunia FIFA 2025 di Miami pada 23 Jun lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda