Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suarez tetap disenaraikan

    MONTEVIDEO, URUGUAY, 31 MEI – Bintang Barcelona, Luis Suarez tetap disenarai Uruguay bagi menghadapi Copa America sekali pun baru menjalani pembedahan lutut, tiga minggu lalu.

    Penyerang berusia 32 tahun itu diragui akan beraksi di kejohanan serantau Amerika Selatan itu di Brazil yang bermula pada 14 Jun selepas menjalani pembedahan pada 9 Mei lalu untuk memperbaiki kecederaan ‘miniscal dalaman’ yang dialaminya.

    Barcelona sebelum ini berkata dia akan tersisih di antara empat ke enam minggu.

    Begitupun, tempoh berkenaan kurang lima minggu sebelum perlawanan pertama Uruguay, yang dijadual menentang Ecuador pada 16 Jun ini di Belo Horizonte.

    Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez yakin ketajaman Suarez tidak akan berkarat sekali pun sudah lama tidak beraksi.

    “Dia amat profesional dan mempunyai sejarah yang bagus dengan pemulihan,” katanya.

    Suarez terlepas dua aksi liga terakhir Barca dan final Piala Raja Sepanyol pada 25 lalu yang menyaksikan kelabnya tewas 2-1 kepada Valencia.

    Selain Suarez, turut dipilih Tabarez bagi senarai 23 pemainnya ialah penyerang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani dan pertahanan tengah Diego Godin yang meninggalkan kelabnya, Atletico Madrid selepas sembilan tahun.

    Uruguay yang memegang rekod pemenang terbanyak Copa America memburu gelaran ke-16 di Brazil di mana mereka diundi dalam Kumpulan C bersama Ecuador, penyandang juara Chile dan pasukan jemputan, Jepun. – AFP

    Suarez tetap disenaraikan Uruguay bagi menghadapi Copa America sekali pun baharu menjalani pembedahan lutut, tiga minggu lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda