SEMENANJUNG GAZA – Dalam khemah-khemah yang menyesakkan kerana bahang panas dan di masjid-masjid yang dibom, penduduk Gaza menandakan permulaan sambutan Hari Raya Aidiladha bagi umat Islam dalam suasana suram pada Ahad lalu, ketika perang Israel-Hamas terus bergolak. “Tiada kegembiraan. Ia telah dirampas daripada kami,” kata Malakiya Salman, seorang wanita pelarian berusia 57 tahun yang kini

