Friday, January 3, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Subsidi bersasar kurangkan tekanan belanjawan tahunan

    KUALA LUMPUR, 13 OKT – Kerajaan Malaysia perlu merangka pendekatan khusus bagi menangani saiz subsidi pukal negara dan melaksanakan rasionalisasi subsidi yang lebih berkesan dan bersasar bagi mengurangkan tekanan ke atas belanjawan tahunan negara.

    Kementerian Kewangan dalam Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan hari ini berkata dari segi kemampuan kewangan kerajaan, subsidi secara pukal dan tidak bersasar memberikan kesan buruk kepada kedudukan fiskal dan menjadikan belanjawan tidak mampan.

    Ia menegaskan peralihan secara berperingkat daripada program subsidi pukal kepada yang lebih bersasar adalah penting dan langkah peralihan boleh dilaksanakan secara berkesan dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti tahap pendapatan, kedudukan geografi, demografi dan status pekerjaan.

    “Mekanisme bersasar boleh dilaksanakan dengan menambah baik program bantuan tunai sedia ada melalui konsolidasi program yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi,” katanya lagi.

    Mekanisme itu juga hendaklah memanfaatkan perkembangan teknologi terkini dan menerima pakai digitalisasi untuk meminimumkan kos operasi diikuti dengan pemantauan dan penilaian rapi bagi memastikan pencapaian hasil yang diharapkan.

    Pada 2022, jumlah subsidi negara mencatatkan paras tertinggi iaitu RM70.3 billion (kos operasi: RM58 bilion; Kumpulan Wang COVID: RM12.3 bilion), berbanding purata tahunan RM15.2 bilion bagi tempoh 10 tahun. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda