Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan M’sia masih tanggung RM7b

    KUALA LUMPUR, 17 JUN – Kerajaan Malaysia masih menanggung sekitar RM7 bilion subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau menjelaskan subsidi tidak dihapuskan, tetapi apa yang dilakukan adalah memastikan pengurusan subsidi yang lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya.

    “Tujuan utama dalam dasar penyasaran subsidi diesel ini adalah memastikan pembaziran subsidi tidak lagi diteruskan sambil memastikan penjimatan mesti dipulangkan kepada rakyat terbanyak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Anwar berkata hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi tentunya akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain sektor yang memberi dampak terbesar kepada rakyat.

    Beliau berkata Kerajaan MADANI juga akan kekal komited menangani penyeludupan diesel sambil berusaha mengimbanginya dengan perihal bekalan dan kos sara hidup rakyat.

    Perdana Menteri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggerakkan Ops Tiris yang berlangsung sejak 1 Mac 2023 bagi membanteras permasalahan penyelewengan diesel bersubsidi yang memanfaatkan pihak tidak layak. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 16 Jun menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada, Kajang. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda