Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Subsidi perjalanan laut antara Labuan, Sabah, S’wak diteruskan

    LABUAN, 1 DIS – Kerajaan Persekutuan kekal komited menyalurkan subsidi tahunan sebanyak RM7 juta bagi pengguna pengangkutan laut yang berulang-alik antara Labuan, Sabah dan Sarawak pada 2024.
    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Perbadanan Labuan (LC) berkata subsidi itu yang dilaksanakan sejak 2014 khusus untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan melalui laut ke dan dari pulau itu.
    Peruntukan itu bagi menampung 50 peratus daripada tambang penumpang feri dan bot laju, menurut LC.
    Laluan bersubsidi itu merangkumi Labuan-Menumbok-Labuan, Labuan-Kota Kinabalu-Labuan, Labuan-Sipitang-Labuan, Labuan-Limbang-Labuan dan Labuan-Lawas-Labuan.
    Ketua Pegawai Eksekutif LC, Rithuan Ismail berkata, subsidi perjalanan laut itu bukan sahaja meringankan beban kewangan kepada penumpang di Sabah tetapi juga memberi manfaat kepada pengguna dari Sarawak yang melakukan perjalanan serupa. – Bernama

    Para penumpang Feri Roro menikmati suasana sebelum berlepas dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan menuju ke Menumbok, Sabah. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda