Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Subsidi perjalanan laut diteruskan

    LABUAN, 3 Jan – Kerajaan persekutuan terus menyediakan subsidi tahunan sebanyak RM11 juta bagi menampung kos pengangkutan bagi mereka yang membuat perjalanan melalui laut dari Labuan ke Sabah dan Sarawak serta sebaliknya pada tahun ini, walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

    Perbadanan Labuan (PL) dalam kenyataan hari ini berkata subsidi yang diberi sejak 2014 itu bertujuan meringankan beban kewangan mereka (rakyat Malaysia) yang menggunakan pengangkutan laut untuk membuat perjalanan dari pulau ini dan sebaliknya.

    Subsidi yang diberi itu adalah bagi laluan Labuan-Menumbok-Labuan, Labuan-Kota Kinabalu-Labuan, Labuan-Sipitang-Labuan, Labuan-Limbang-Labuan dan Labuan-Lawas-Labuan.

    Kerajaan menghentikan pemberian subsidi untuk penghantar barangan yang menggunakan feri ke Labuan pada 2016 selepas mengambil kira kegagalan mereka menurunkan harga barang di pulau ini.

    Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata subsidi perjalanan laut itu bukan sahaja mengurangkan beban kewangan penumpang di Sabah, tetapi juga dari Sarawak.

    Rozman, yang juga pengerusi PL, berkata subsidi itu perlu diteruskan kerana kebanyakan mereka yang menggunakan perkhidmatan feri dan bot laju adalah daripada golongan berpendapatan rendah.

    “Saya amat berharap subsidi ini akan dikekalkan kerana ia dapat membantu merangsang ekonomi di sini,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda