Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Subsidi RM300 untuk pelajar IPT Sabah pulang ke kampung

    KOTA KINABALU, 3 NOV – Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam negeri itu, untuk mereka pulang ke kampung halaman terutama pada musim perayaan di Sabah.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan sekali bayar itu, merupakan permintaan daripada pelajar IPT terlibat, justeru kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat itu.

    Sebagai contoh, beliau berkata pelajar yang berasal dari Tawau dan Sandakan yang sedang belajar di IPT di Kota Kinabalu, akan menerima bantuan subsidi tersebut sama ada mereka mahu menggunakannya untuk membeli tiket kapal terbang, bas atau pengangkutan lain.

    “Pelbagai inisiatif dan bantuan diberikan kepada rakyat khususnya pelajar, adalah untuk melahirkan modal insan berpengetahuan dan berilmu, yang akan membantu membangunkan negeri ini,” katanya berucap merasmikan Konvensyen Mahasiswa

    Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Sembulan di sini hari ini.

    Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata maklumat terperinci mengenai bantuan subsidi itu termasuk jumlah penerima bantuan, kini sedang diteliti oleh pihak yang berkaitan. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor diiringi Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam ketika tiba bagi merasmikan Persidangan Tahunan PBS ke-39 di Dewan Hongkod Koisaan Penampang (KDCA), baru-baru ini. Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar IPT untuk mereka pulang ke kampung halaman terutama pada musim perayaan di Sabah. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda