Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Subvarian XBB 1.5 dikesan di Australia

    SYDNEY, 6 JAN – New South Wales (NSW) Australia mengesahkan sebilangan kecil kes COVID-19 di negeri itu dikesan mengandungi subvarian XBB.1.5.

    Dalam laporan pengawasan pernafasan yang dikeluarkan pada khamis, Kementerian Kesihatan NSW (NSW Health) berkata pihaknya terus memantau subvarian baharu muncul termasuk XBB.1.5 dan mengesan sejumlah kecil varian itu dalam tempoh dua minggu hingga 24 Disember 2022, lapor Xinhua.

    Menurut laporan itu, masih terdapat kumpulan subvarian bercampur selain subvarian paling biasa BR.2.

    Seramai 59,652 orang yang didiagnosis dengan COVID-19 dalam tempoh dua minggu hingga 31 Disember 2022, laporan itu menunjukkan jumlah kes bagi minggu berakhir 31 Disember seramai 22,281, menurun 40 peratus berbanding minggu sebelumnya.

    NSW Health yang mengemas kini kiraan kes COVID-19 mingguannya pada jumaat berkata sebanyak 29,793 kes baharu direkodkan di seluruh negeri dengan 77 kematian dalam tempoh tujuh hari hingga khamis.

    Awal minggu ini, Robert Booy, ahli virologi dari Universiti Sydney memberitahu media tempatan bahawa XBB.1.5 lebih mudah tular berbanding subvarian lain. – Bernama

    NSW Australia mengesahkan sebilangan kecil kes Covid-19 di negeri itu dikesan mengandungi subvarian XBB.1.5. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...