Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Sudah cukup minta maaf – Sharnaaz

    Pelakon Sharnaaz Ahmad meminta tiga sahabatnya yang juga penyampai Era FM, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin untuk berhenti membuat permohonan maaf berhubung dakwaan mempersenda upacara agama Hindu, baru-baru ini.

    Sharnaaz melalui entri dalam Instagram memberitahu, permohonan maaf dilakukan sudah mencukupi, malah melakukan yang terbaik untuk menebus kesilapan.

    “Buat sahabat aku bertiga, berhenti minta maaf! Anda bertiga dah buat yang terbaik. Cukup bro, sangat cukup.”

    “Jangan melebih ya. Hormat adalah ‘mutual’ (saling bersama). Kami Melayu dan Islam tetap bermaruah! Kami sayang semua, tetapi jangan melampau. Jangan politikkan isu ini,” tulisnya pada kapsyen entri berkenaan.

    Sebelum itu, melalui video dimuat naik, Sharnaaz turut menitipkan kata-kata semangat buat Nabil, Azad dan Radin sambil memuji usaha mereka tampil membuat permohonan maaf atas isu yang timbul, menurut laporan mStar.

    Semalam, penyampai segmen 3 Pagi Era itu termasuk tiga kakitangan stesen radio terbabit selesai memberi keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, di sini.

    Tiga penyampai terbabit diambil keterangan membabitkan siasatan dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.

    Siasatan ke atas tiga penyampai itu dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Agensi

    Sharnaaz Ahmad menyeru tiga sahabatnya berhenti untuk meminta maaf. – mStar

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    KPop Demon Hunters layak dicalonkan terima Anugerah Oscar

    Filem animasi popular, KPop Demon Hunters telah selangkah lebih...

    KRU sedih hasrat bapa nak tengok konsert tidak kesampaian

    Malam penuh emosi menyelebungi konsert GenKRU The Finale: One...

    Suami beri kereta kepada Nabila Razali hadiah hari jadi

    Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menerima hadiah sebuah kereta...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Terkini

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...