BANGKOK, 8/9 Sept 2007 – Seorang pesakit barah yang terbaring sementara menunggu rawatan didapati maut selepas dipatuk oleh seekor ular di sebuah hospital di bahagian barat Thailand, menurut kenyataan hospital itu.
Seekor ular kapak mematuk Wasant Pinpluemjit, yang menderita sakit barah, di Hospital Peringatan Kanchanaburi.
Dia meninggal dunia empat hari seleps dipatuk ular berkenaan.
Pada kebiasaannya di kawasan pedalaman, kain guni diletakkan di luar bangunan hospital untuk menunggu ketibaan bakal pesakit dan ular kapak itu dikatakan bersembunyi di dalam guni berkenaan.
Jurucakap Jabatan Sains Perubatan Kementerian Kesihatan, Chamni Chittriprasert, berkata adalah sesuatu yang jarang berlaku seseorang yang dipatuk ular kapak meninggal dunia, tetapi kes Wasant berbeza kerana penyakit barahnya melemahkan keseluruhan bahagian badannya.
Isteri Wasant, Panida menggesa hospital itu supaya bertanggungjawab ke atas kematian suaminya.
Timbalan pengarah hospital itu, menyifatkan kematian itu sebagai kemalangan yang dikesalkan dan boleh dielakkan. Pihak hospital akan membayar sedikit pampasan kepara keluarga mangsa.