Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sudan isytihar darurat di Al-Qadarif

    PELABUHAN SUDAN, 17 DIS – Sudan mengisytiharkan darurat di wilayah Al-Qadarif selepas pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) menguasai jalan-jalan antara negeri-negeri timur Al-Jazirah dan Al-Qadarif berhampiran ibu negara Khartoum.

    Gabenor wilayah yang terlibat dalam konflik dengan RSF sejak April berkata darurat diisytiharkan di bawah undang-undang mengenai kecemasan dan kesela-matan awam, lapor agensi Anadolu.

    Sebarang pergerakan di jalan raya, demonstrasi dan operasi perniagaan di wilayah itu dilarang dari 6 petang hingga 6 pagi waktu tempatan sehingga diberitahu kelak.

    Berikutan pertempuran sengit bermula pada 15 Disember antara tentera dan RSF di kawasan luar bandar Wad Madani, keadaan darurat diisytihar di negeri Al-Jazirah.

    Buat kali pertama sejak konflik tercetus, RSF menyerang Wad Madani iaitu bandar strategik Al-Jazirah yang turut dikenali sebagai pembekal gandum Sudan.

    Lebih 12,000 orang terbunuh manakala lebih 33,000 cedera setakat ini akibat konflik itu, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Kira-kira 25 juta, iaitu separuh daripada penduduknya memerlukan bantuan kemanusiaan manakala tujuh juta rakyat hilang tempat tinggal. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda