KHARTOUM, 30 JUN – Tentera dihantar hari ini ke ibu negara Sudan sebelum bantahan besar-besaran ke atas jeneral pemerintah negara, tatkala gesaan meningkat meminta semua orang bersabar untuk mengelak tindakan keras tentera baharu ke atas penunjuk perasaan.
Perarakan ‘satu juta orang’ dilihat sebagai satu ujian kepada penganjur bantahan di mana gerakan mereka telah dibelenggu serangan pada 3 Jun ke atas mogok Khartoum dan internet terputus bertujuan mengawal keupayaan mereka untuk mendapatkan sokongan.
Berpuluh penunjuk perasaan terbunuh dan beratus cedera apabila lelaki bersenjata dalam pakaian seragam tentera menyerang pemogok di luar ibu pejabat tentera, menembak dan memukul pembantah yang telah berkhemah di sana sejak 6 April.
Bantahan baharu, dijangka bermula pada tengah hari, diadakan pada masa apabila Habsyah dan Kesatuan Afrika (AU) menjadi perantara di antara pembantah dan jeneral. – AFP
