Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sudan terima 1.4 juta dos vaksin kolera ketika kes melebihi 20,000

    KHARTOUM, 6 OKT – Sudan telah menerima 1.4 juta dos vaksin kolera daripada organisasi antarabangsa ketika negara itu berdepan wabak yang telah menjangkiti lebih 20,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Sudan kelmarin, lapor Xinhua.

    Menteri Kesihatan Haitham Mohamed Ibrahim dalam satu kenyataan berkata sebanyak 1,407,200 dos telah disediakan oleh Global Vaccine Alliance, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF.

    Ibrahim berkata vaksin itu akan diedarkan ke tiga negeri Sungai Nil, Kassala dan Gedaref untuk mengimunkan 1,058,545 orang berusia satu tahun ke atas manakala usaha untuk membekalkan vaksin ke kawasan lain yang terjejas akan diteruskan.

    Kementerian itu melaporkan 20,398 kes kolera dan 597 kematian sejak wabak berkenaan diisytiharkan secara rasmi pada 17 Ogos. Pegawai mendakwa lonjakan kes disebabkan oleh keadaan persekitaran yang semakin merosot akibat konflik berterusan dan penggunaan air tercemar.

    Wabak kolera adalah sebahagian daripada krisis kesihatan yang lebih luas di Sudan, di mana pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) berlarutan sejak April 2023. Penyakit wabak lain, termasuk malaria, campak dan demam denggi turut menular. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda