Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Sudan tutup hospital terakhir di bandar Darfur

    SUDAN, 10 JUN – Hospital terakhir beroperasi di El-Fasher di barat Sudan telah ditutup selepas serangan oleh separa tentera yang cuba merampas bandar utama Darfur, kata badan amal perubatan Doctors Without Borders.

    El-Fasher di Darfur Utara ialah satu-satunya ibu negeri di wilayah barat yang luas yang bukan di bawah kawalan RSF dan merupakan hab kemanusiaan utama bagi wilayah yang berada di ambang kebuluran.

    “Pada Sabtu lalu, MSF dan kementerian kesihatan menghentikan semua aktiviti di Hospital Selatan, El-Fasher, Darfur Utara, selepas askar RSF menyerbu tempat itu, melepaskan tembakan dan merompaknya, termasuk mencuri ambulans MSF,” kata NGO itu dalam satu kenyataan yang disiarkan lewat kelmarin di laman X.

    MSF berkata bahawa ‘pertempuran yang lebih intensif’ di sekitar hospital awal minggu ini telah mencetuskan pemindahannya dan pada masa serangan separa tentera ‘hanya terdapat 10 pesakit dan pasukan perubatan berkurangan’ di sana. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...