Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sudu simbol baharu kebebasan rakyat Palestin

    BAITULMAQDIS, 17 SEPT – Selain bendera dan sepanduk, sudu turut menjadi simbol demonstrasi perjuangan rakyat Palestin selepas terdapatnya tahanan yang berjaya meloloskan diri daripada penjara Israel dengan perkakas itu.

    Ketika enam tahanan Palestin melarikan diri melalui terowong pada 6 September lalu dari Penjara Gilboa yang dikawal ketat, rangkaian sosial memuat naik gambar terowong di kaki sinki dan lubang yang digali di luar dengan tanda pagar ‘sudu ajaib’.

    Persoalan sama ada perkakas itu digunakan untuk meloloskan diri atau sebaliknya masih tidak jelas.

    Rabu lalu, peguam bela seorang daripada tahanan yang telah ditangkap semula memberitahu AFP, anak guamnya, Mahmud Abdullah Ardah mengakui menggunakan sudu, piring dan juga pemegang cerek untuk menggali terowong dari sel tahanan.

    Mahmud adalah salah seorang daripada empat tahanan Palestin yang ditangkap semula. Keenam-enam mereka dituduh merancang atau melakukan serangan terhadap warga Israel.

    Ketika ini, rejim zionis masih memburu dua lagi tahanan yang masih bebas.

    Israel telah memulakan siasatan bagi menyiasat insiden memalukan itu, yang dilihat oleh rakyat Palestin sebagai ‘kemenangan’. – AFP

    Seorang penduduk memegang sudu, dilaporkan diguna oleh enam banduan Palestin untuk melepaskan diri dari penjara Gilboa di Israel, semasa perhimpunan di depan masjid Dome of the Rock selepas solat Jumaat di masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda