Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sufian Suhaimi hantar rombongan merisik

    Penyanyi Sufian Suhaimi sudah menghantar rombongan merisik teman wanitanya yang dikenali sebagai ‘Sayang’ kelmarin.

    Menerusi perkongsian video di TikTok memperlihatkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian, menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan.

    Kelibat Sufian turut kelihatan dalam video berkenaan apabila tampil mengambil gambar bersama wanita itu selepas upacara merisik selesai.

    Terkejut dengan perkara itu, peminat meluahkan rasa teruja dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah buat Sufian dan pasangan.

    Malah ramai memuji kecantikan teman wanita Sufian yang kelihatan anggun dalam persalinan berwarna krim.

    “Akhirnya Sufian bertemu dengan seorang gadis yang tepat buat dirinya.

    “Tahniah Sufian, saya sokong yang ini sebab sangat cantik dan sesuai dengan awak.

    “Lawanya, ringkas sahaja majlisnya. Cukup kedua-dua belah keluarga yang hadir,” komen warganet.

    Bagaimanapun usaha mStar mendapatkan pengesahan lanjut daripada Sufian mengenai majlis itu tidak berjaya apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan. – Agensi

    Hati Sufian sudah dimiliki seorang wanita yang dipanggil ‘Sayang’ (kanan). – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda