Monday, September 30, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suga BTS didenda susulan tunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk

    Anggota kumpulan BTS iaitu Suga didenda sebanyak 15 juta won atas tuduhan menunggang skuter elektrik di bawah pengaruh alkohol.

    Korea Times melaporkan, sumber memberitahu Mahkamah Daerah Barat Seoul, Korea Selatan mengenakan denda tersebut kepada Suga atau nama sebenarnya Min Yoon Gi pada Jumaat lalu.

    Jumlah denda yang dikenakan ini sepadan dengan permintaan awal pihak pendakwaan yang dibuat pada 11 September lalu.

    Perintah ringkasan biasanya adalah denda atau hukuman yang dikenakan dalam kesalahan yang kecil melalui proses yang cepat tanpa perbicaraan penuh.

    Jika Suga menolak untuk membayar denda tersebut, penyanyi berkenaan boleh memfailkan perbicaraan penuh dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan mahkamah.

    Pada 6 Ogos lalu, Suga ditahan pihak berkuasa selepas didapati terjatuh daripada skuter elektrik di bawah pengaruh alkohol berhampiran kawasan kediamannya di daerah Yongsan.

    Kepekatan alkolhol dalam darah Suga dilaporkan pada bacaan 0.227 peratus, jauh melebihi bacaan 0.08 peratus yang tertakluk kepada syarat pembatalan lesen memandu.

    Penyanyi itu kemudian dibebaskan di bawah pengawasan polis dan dikenakan denda serta lesen memandunya turut dibatalkan. – Agensi

    Suga sebelum ini ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda