Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suga BTS ditemui mabuk terbaring di tepi jalan

    Anggota BTS, Suga ditahan pihak berkuasa Korea Selatan selepas didapati menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk.

    Memetik laporan Allkpop, seorang anggota polis peronda menemui penyanyi berusia 31 tahun itu terbaring bersendirian di tepi jalan pada malam kelmarin bersama skuter elektrik.

    Dia dipercayai terjatuh semasa menunggang skuter berkenaan selepas tidak mampu mengimbangi tubuh badan dengan baik. Katanya, polis menghampiri dan mengesan bau alkohol pada tubuh badannya sebelum dibawa ke Balai Polis Seoul Yongsan.

    Suga ketika ini dikatakan sedang disiasat atas tuduhan melanggar peraturan trafik kerana memandu dalam keadaan mabuk. Ini kerana di Korea Selatan skuter elektrik tertakluk kepada peraturan jalan raya sama seperti kereta. Malah kenderaan berkenaan hanya boleh disewa dan dipandu sekiranya individu berkenaan memiliki lesen yang sah.

    Susulan itu, peminatnya mengecam tindakan Suga yang dikatakan boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

    “Tumpang malu dengan akhlaknya, patut tarik lesen memandu dia! Cara dia memalukan diri sendiri memang legenda! Dia jatuh seorang diri di tepi jalan,” antara komen warganet. – Agensi

    Suga dalam siasatan polis kerana kemalangan kecil.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda