Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suga BTS mohon maaf kerana kecewakan peminat

    Tamat menjalani latihan ketenteraan di Korea Selatan, kemunculan semula penyanyi Suga disambut baik oleh peminat yang tidak sabar untuk melihat dia kembali bergabung bersama kumpulan BTS.

    Berkongsi kegembiraan, Suga dalam masa sama tampil membuat permohonan maaf kepada peminat susulan kontroversi menunggang skuter dalam keadaan mabuk melibatkan namanya sebelum ini, menurut laporan mStar.

    Menulis surat secara terbuka buat peminat, dia juga berkongsi bagaimana tempoh menjalani latihan memberi kesan besar dalam hidupnya.

    Malah Suga juga memberitahu dia pernah terfikir untuk mengambil tempoh rehat dari dunia seni.

    “Dalam tempoh dua tahun ini saya menghabiskan masa berfikir tentang diri sendiri. Pernah juga terfikir untuk mengundur diri daripada kerja yang saya lakukan dan meluangkan masa untuk satu perkara berbeza.

    “Saya terlalu berlari ke hadapan sehingga terlupa untuk melihat belakang,” katanya.

    Dalam masa sama penyanyi ini juga berjanji tidak mengulangi kesilapan lalu dan mengecewakan peminat.

    Malah dia juga tidak sabar untuk kembali bertemu peminat bersama anggota BTS yang lain.

    “Mulai sekarang saya akan lakukan yang terbaik untuk membalas jasa anda semua,” ujarnya.

    BTS dijangka akan kembali bergabung dan membuat kemunculan semula bersama pada 2026. – Agensi

    Suga menyesal atas kesilapan lalu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda