Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suga BTS tidak berdisiplin semasa di kem tentera

    Nama penyanyi Korea Selatan Suga BTS sekali lagi menjadi bualan warganet selepas timbul khabar angin mendakwa dia sering curi tulang sewaktu mengikuti sesi latihan ketenteraan.

    Perkara itu didedahkan oleh seorang petugas di kem berkenaan yang berkongsi mengenai sisi buruk penyanyi itu ketika berada dalam kem tentera sekitar November tahun lalu.

    Difahamkan Suga atau Min Yoon-gi, 31, merupakan ketua kumpulan namun sering tidak hadir ke mana-mana program mahupun kelas.

    “Suga tidak menghadiri mana-mana kelas sepanjang tempoh latihan selama lima hari, malah, pengajar menyedari bahawa tindakannya agak keterlaluan. Suga akan bangun tidur, menganggukkan kepalanya tanpa faham apa-apa, melihat telefon dan kemudian tidur semula,” kongsi individu terbabit.

    Selain itu, Suga juga didakwa mempamerkan sikap kurang baik apabila cuba menjadi seorang pembuli pada awal semester.

    Susulan tindakan itu, pihaknya telah membuat aduan dan telah menyerahkannya kepada Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera Serantau Seoul bagi siasatan selanjutnya.

    Pihak pengurusannya iaitu Big Hit Music pula memilih untuk mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan yang dibuat. – Agensi

    Suga BTS kerap buat masalah sewaktu berada dalam kem tentera. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda