Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Suhu Delhi cecah paras tertinggi di India

    NEW DELHI, 29 MEI – Suhu di ibu negara India melonjak ke paras tertinggi iaitu 52.3 darjah Celsius (C) hari ini, menurut data dari biro cuaca kerajaan.

    Jabatan Meteorologi India (IMD), yang melaporkan ‘keadaan gelombang haba yang teruk’, mencatatkan suhu tersebut secara automatik di laman webnya selepas ia direkodkan oleh stesen di pinggir bandar Delhi di Mungeshpur pada petang Rabu.

    Bagaimanapun, pakar meteorologi IMD, Soma Sen Roy mengingatkan bahawa pegawai sedang ‘menyemak’ sama ada stesen tersebut telah merekodkan bacaan itu dengan betul.

    Bacaan itu bukan sahaja memecahkan rekod luar biasa 50C buat kali pertama di bandar itu, tetapi juga memecahkan rekod kebangsaan sebelum ini di padang pasir Rajasthan sebanyak lebih satu darjah Celsius.

    IMD telah mengeluarkan notis kesihatan amaran merah untuk Delhi, yang mempunyai anggaran populasi lebih daripada 30 juta orang.

    Amaran itu mengingatkan terdapat ‘kebarangkalian yang sangat tinggi untuk mengalami penyakit yang berkaitan dengan suhu panas dan strok haba bagi semua peringkat umur’, dengan ‘penjagaan rapi diperlukan bagi golongan yang berisiko tinggi’. – AFP

    Seorang penjual ikan berteduh di bawah payung di New Delhi kelmarin, di tengah-tengah gelombang panas yang berterusan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...